eLise

Suka Blog Saya Ke?

Sunday, December 4, 2011

Ngedap Ngedup

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Aduh aduh aduh.. tinggal beberapa hari lagi mau tiba sudah hari yang mendebar ngedap ngedupkan hati ini..

Temuduga SPP.

Aku ni macam dah buang masa dah. Macam langsung tidak ada belajar apa-apa untuk menghadapi temuduga tu. Kena berubah ni. Berubah! Adeh. Aku harap aku dapat lulus temuduga tu nanti. Aku harap Allah permudahkan segala urusan temuduga SPP tu nanti.

Amin ya Rabb.

Lagi tidak sabar mau balik rumah! Haha.

Saturday, December 3, 2011

Alhamdulillah - Too Phat Feat. Yasin & Dian Sastrowardoyo



Dian Sastro:
Disaat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
Ult li albi bissaraha (I’m opening up my heart with honesty)
Hayya nab’idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a’ kulli ni’ma (Let’s remain thankful with what we have)
Ba’ ideena anil fattana (Let’s avoid all lies and sins)

Malique:
Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!


Joe Flizzow:
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
Aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada’ dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur…

Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
‘tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah….

Thank You!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sedang-sedang aku PM dengan sahabat lama Anis kat Fesbuk, aku tanyalah dia fasal study dia yang tertangguh nanti. Anak dia macamana? Ikut sama dengan dia ka? Ehm. Anak dia tinggal kat rumah. Dia ke Sarawak untuk sambung studynya yang tertangguh. Ya Rabbi. Besarnya dugaan dia. Terpaksa berpisah dengan anak dia yang comel tu. Anis cakap, tak pernah sehari pun dia berpisah dengan anak dia. Tapi nampaknya tahun depan, dia terpaksa meninggalkan anak dia.

Linda pun macam tu. Ujian sakit yang dia dapat. Tangan dia berbalut simen. Nak solat, kena solat secara duduk. Ehm. Aku intai-intai dia solat tadi. Kesian aku tengok. Tapi orangnya kuat, tengah sakit-sakit pun solat tak tinggal tau. Beratnya simen tu. Gatalnya tangan tu dibalut dengan simen tu.

Memang betullah. Setiap manusia tu diuji dengan tahap kemampuannya. 

Tengok keadaan kawan-kawan aku yang berdua ni, aku jadi insaf tau. Terasa beruntungnya diri aku ni. Terasa macam diri aku ni tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. 

Bayangkan salah satu jari kita hilang? For example, ibu jari putus. Macamana kita mau genggam sesuatu benda? Macamana mau angkat barang? Susah kan?

Ehm.

Semoga aku lebih bersyukur dan sentiasa bersyukur. Amin ya Allah.

Teringat satu mesej dekat Fesbuk yang di share oleh seorang rakan di dalam sebuah group yang aku follow. Mesejnya lebih kurang macam ni:

Allah tak takdirkan kita kaya, sebab Allah sayang kita..
Kita miskin (cukup dengan apa yang ada, tenang, tidak meminta-minta) agar diri kita sentiasa berdoa kepada Allah, selalu berhajat dan meminta kepadaNya..
Jika kita kaya, dikhuatiri kita malas nak mengangkat tangan memohon kepada Allah, seolah-olah diri dah dapat semua yang diperlukan..
Allah tau apa yang terbaik untuk hamba-hambanya..

Ehm. Aku pun teringat masa zaman tinggal kat hostel dulu. Masa tu musim hujan. Kain yang aku jemur sering saja kena blow away lah kononnya oleh sang angin sampaikan kain tu terbuang ke atas tanah dan aku terpaksa mencuci dan menjemurnya semula.

Aku: Warrrgggghhh! Malasnya macam ni. Balik-balik kena cuci kain ni. Malasnya...

Anis: Jangan macam tu El. Kita tidak tau. Allah tau. Mungkin kau tidak cuci kain tu dengan bersih. So, Allah mau kau cuci balik, supaya kain tu bersih dan selamat untuk kau pakai.

Wah. How sweet.

Sama-samalah kita sentiasa bersyukur kepada Allah dan sujud syukur lepas solat. ^_^ 


Thank You Allah.

Mimpi Lagi?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Lama tidak menulis. Ehm. Bukan menulis. Menaip. Menaip karangan di blog elyse ni hehe. Bukannya apa, aku amat sibuk kebelakangan ni. Lagi-lagi ketiadaan line internet untuk menulis. Ops! Menaip.

Semalam, aku menonton movie yang bertajuk Honey, I blew up the kid! kat TV3. Ala, cerita saintis-saintis tu. Cerita fasal family Szalinski ka apa nama dia. Aku tonton cerita tu semalam kat ruang tamu rumah Awi bertemankan Linda. 


Apa yang menarik tentang cerita tu, bagi aku la, baby yang nama dia Adam tu. Waduh, waduh mbak, lucu banget! Aha. Saya suka untuk menekankan di sini bahawa, perkataan 'lucu' itu bukanlah bermaksud kelakar. Akan tetapi, bermaksud comel!

Haha. Bukan movie tu yang aku mau cerita. Aku mau cerita pasal baby tu.

Adeh.

Aku mimpi baby tu semalam.

Kureng.

Hoho. Aku mimpi aku dengan baby yang bernama Adam itu berjalan-jalan mencari makanan, minuman, barang-barang shopingan. Erk. Shopingan?

Haha. Punyalah comel budak tu sampaikan dia boleh masuk dalam mimpi aku. Berjalan sama-sama dengan aku. Banyak permintaan lagi tu. Nak ini, nak itu.

Ehm.

Teringat pulak Chacha anak buah adik ipar kepada adik aku.

Jap Chacha. Nanti kakak datang after Temuduga SPP ok.

Haha.