eLise

Suka Blog Saya Ke?

Sunday, December 4, 2011

Ngedap Ngedup

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Aduh aduh aduh.. tinggal beberapa hari lagi mau tiba sudah hari yang mendebar ngedap ngedupkan hati ini..

Temuduga SPP.

Aku ni macam dah buang masa dah. Macam langsung tidak ada belajar apa-apa untuk menghadapi temuduga tu. Kena berubah ni. Berubah! Adeh. Aku harap aku dapat lulus temuduga tu nanti. Aku harap Allah permudahkan segala urusan temuduga SPP tu nanti.

Amin ya Rabb.

Lagi tidak sabar mau balik rumah! Haha.

Saturday, December 3, 2011

Alhamdulillah - Too Phat Feat. Yasin & Dian Sastrowardoyo



Dian Sastro:
Disaat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
Ult li albi bissaraha (I’m opening up my heart with honesty)
Hayya nab’idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a’ kulli ni’ma (Let’s remain thankful with what we have)
Ba’ ideena anil fattana (Let’s avoid all lies and sins)

Malique:
Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!


Joe Flizzow:
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
Aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada’ dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur…

Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
‘tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah….

Thank You!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sedang-sedang aku PM dengan sahabat lama Anis kat Fesbuk, aku tanyalah dia fasal study dia yang tertangguh nanti. Anak dia macamana? Ikut sama dengan dia ka? Ehm. Anak dia tinggal kat rumah. Dia ke Sarawak untuk sambung studynya yang tertangguh. Ya Rabbi. Besarnya dugaan dia. Terpaksa berpisah dengan anak dia yang comel tu. Anis cakap, tak pernah sehari pun dia berpisah dengan anak dia. Tapi nampaknya tahun depan, dia terpaksa meninggalkan anak dia.

Linda pun macam tu. Ujian sakit yang dia dapat. Tangan dia berbalut simen. Nak solat, kena solat secara duduk. Ehm. Aku intai-intai dia solat tadi. Kesian aku tengok. Tapi orangnya kuat, tengah sakit-sakit pun solat tak tinggal tau. Beratnya simen tu. Gatalnya tangan tu dibalut dengan simen tu.

Memang betullah. Setiap manusia tu diuji dengan tahap kemampuannya. 

Tengok keadaan kawan-kawan aku yang berdua ni, aku jadi insaf tau. Terasa beruntungnya diri aku ni. Terasa macam diri aku ni tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. 

Bayangkan salah satu jari kita hilang? For example, ibu jari putus. Macamana kita mau genggam sesuatu benda? Macamana mau angkat barang? Susah kan?

Ehm.

Semoga aku lebih bersyukur dan sentiasa bersyukur. Amin ya Allah.

Teringat satu mesej dekat Fesbuk yang di share oleh seorang rakan di dalam sebuah group yang aku follow. Mesejnya lebih kurang macam ni:

Allah tak takdirkan kita kaya, sebab Allah sayang kita..
Kita miskin (cukup dengan apa yang ada, tenang, tidak meminta-minta) agar diri kita sentiasa berdoa kepada Allah, selalu berhajat dan meminta kepadaNya..
Jika kita kaya, dikhuatiri kita malas nak mengangkat tangan memohon kepada Allah, seolah-olah diri dah dapat semua yang diperlukan..
Allah tau apa yang terbaik untuk hamba-hambanya..

Ehm. Aku pun teringat masa zaman tinggal kat hostel dulu. Masa tu musim hujan. Kain yang aku jemur sering saja kena blow away lah kononnya oleh sang angin sampaikan kain tu terbuang ke atas tanah dan aku terpaksa mencuci dan menjemurnya semula.

Aku: Warrrgggghhh! Malasnya macam ni. Balik-balik kena cuci kain ni. Malasnya...

Anis: Jangan macam tu El. Kita tidak tau. Allah tau. Mungkin kau tidak cuci kain tu dengan bersih. So, Allah mau kau cuci balik, supaya kain tu bersih dan selamat untuk kau pakai.

Wah. How sweet.

Sama-samalah kita sentiasa bersyukur kepada Allah dan sujud syukur lepas solat. ^_^ 


Thank You Allah.

Mimpi Lagi?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Lama tidak menulis. Ehm. Bukan menulis. Menaip. Menaip karangan di blog elyse ni hehe. Bukannya apa, aku amat sibuk kebelakangan ni. Lagi-lagi ketiadaan line internet untuk menulis. Ops! Menaip.

Semalam, aku menonton movie yang bertajuk Honey, I blew up the kid! kat TV3. Ala, cerita saintis-saintis tu. Cerita fasal family Szalinski ka apa nama dia. Aku tonton cerita tu semalam kat ruang tamu rumah Awi bertemankan Linda. 


Apa yang menarik tentang cerita tu, bagi aku la, baby yang nama dia Adam tu. Waduh, waduh mbak, lucu banget! Aha. Saya suka untuk menekankan di sini bahawa, perkataan 'lucu' itu bukanlah bermaksud kelakar. Akan tetapi, bermaksud comel!

Haha. Bukan movie tu yang aku mau cerita. Aku mau cerita pasal baby tu.

Adeh.

Aku mimpi baby tu semalam.

Kureng.

Hoho. Aku mimpi aku dengan baby yang bernama Adam itu berjalan-jalan mencari makanan, minuman, barang-barang shopingan. Erk. Shopingan?

Haha. Punyalah comel budak tu sampaikan dia boleh masuk dalam mimpi aku. Berjalan sama-sama dengan aku. Banyak permintaan lagi tu. Nak ini, nak itu.

Ehm.

Teringat pulak Chacha anak buah adik ipar kepada adik aku.

Jap Chacha. Nanti kakak datang after Temuduga SPP ok.

Haha.

Tuesday, November 29, 2011

Tak Suke, Tak Suke, Tak Suke!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sehari lagi. Aku akan move out daripada rumah sewa kesayangan aku dan kawan serumah yang lain. Ya lah, kalau ikut kontrak yang dibuat, 30-10-11 kami kena keluar daripada rumah ini. Sob, sob. Sedeh aku rasa. Oh RM a.k.a. Raudhatul Munirah kesayanganku. Cewah!

Cerita pasal mau balik kampung ni, ni yang buat aku tak suka, tak suka, tak suka ni! Eh? Haritu berabis countdown masa untuk balik kampung, sekarang tak suka pulak? 

Wahahaha. Bukan begitu. Aku tak suka sebab aku kena balik kampung menggunakan air transport yang diberi nama AirAsia (AA)! Huahua. Punya lah aku rasa benci dan tak suka bila dapat tau Pak Cik aku TERbelikan tiket balik kapal tu.


Sob, sob. Dulu, aku ingat lagi. Aku naik kapal tu, habis luggage aku rosak. Punah. Rodanya entah ke mana. Handlernya tercabut! Aduh. Sejak dari hari itu, aku tak suka dengan AA. Wek!

Haha. Tu pasal aku tak suka naik AA tu. Siap aku promote dengan kawan-kawan jangan naik kapal AA tu. Hoho jahatnya. Sekarang, kena batang hidung sendiri balik. Padan muka duaposen aku.

Astaghfirullahalazim.

'Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.' (2:216)

Di kala aku sedang bermuram durja, menyalahkan orang-orang yang tidak tahu apa-apa, aku teringat ayat ni. Fuyyo! Tenang terus beb. Hehe. Mungkin ada hikmah disebaliknya. 

Kalau difikir-fikir balik apa yang seorang kawan aku pernah cakap, kapal terbang AA ni baru dan laju. So, tidak perlu tunggu lama. Keselamatan pun insyaAllah terjamin berbanding kapal-kapal yang lama.

Oke. Thanks.

Doakan keselamatan aku balik ke kampung.

Bye.

Teringat iklan tak suke tak suke kat TV dulu. Iklan cat dinding rumah. Tapi, cari-cari kat YouTube tak jumpa. Hoho.

Sunday, November 27, 2011

Andaikan...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Em.

Kadang-kadang kita tidak perasan, apa yang kita cakap tu membuatkan orang yang mendengarnya terasa.
Kadang-kadang kita pun rasa begitu, terasa dengan kata-kata seseorang. Mungkin dia sengaja. Mungkin tidak.

Susahnya mau apply sikap berlapang dada ni ya. Kalau dapat? Macamana mau dapat?

Andaikan kalau kita berlapang dada dan berjaya melapangkan dada kita dengan sikap dan kata-kata kawan-kawan kita, kita akan mendapat Diploma Berlapang Dada. Up lagi, Ijazah Sarjana Muda Berlapang Dada. Up lagi, Ijazah Sarjana Berlapang Dada. Sampai dapat PhD.

Graduation cap with the Sijil!

Heh. Bukan senang nak dapat ijazah ni (Pinjam kata-kata Che' Nah).

Andaikan, kita berjaya berlapang dada dengan pelbagai karenah kawan-kawan di sekeliling kita, kita awet muda. Hoho (tersengih-sengih dengan sinisnya). Ala, kalau fikir pasal masalah kawan tersalah cakap, tersalah bicara, hormon-hormon (aku pun tak faham Sains ni ok, andaikan saja) akan terlebih atau terkurang kerana bekerja lebih masa membuatkan kita cepat tua/ cepat gemuk/ menjadi kurus kerempeng.

Yeye, aku awet muda + comel! 

Werkh. Mau ka? Ofkos la tak mau kan?

Wow! Aku dah mula dah berlapang dada. Mula dah. Dah lupa dah. Ya. Lupakan itu semua! Wuhahahaha.

Keburukan/ kejahatan orang kita rahsiakan dan lupakan. Kebaikan orang kita ingat.
Kejahatan kita pada orang kita sentiasa ingat. Kebaikan pada orang, lupakan.

Hehe. Yang paling penting, dapat pahala. Allah sayang. Istighfar banyak-banyak untuk menghilangkan dosa dan noda. InsyaAllah.

Saturday, November 26, 2011

Lagu-lagu Cinta

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Wah, bercintan bercitun entry kali ni. Aha! Saya rasa mesti korang semua sudah kenal dengan mamat dari negeri Kedah ek? Eh, tak tau la dari mana, loghat macam Kedah. Em, em. Mat Luthfi? Kenal kan? Haha~


Sebenarnya, aku bukanlah peminat Mat Luthfi ni. Aku tak la tertunggu-tunggu video terbaru dia tiap minggu. And ofkos, tak semua video dia aku tengok. Ada beberapa je! Oops! Kipas-Susah-Mati Mat Lutfi, jangan hentam saya, saya belum dapat ijazah lagi! Haha.

Dipendekkan cerita, pada suatu malam tu, Nami tengah buka satu video mamat ni yang menceritakan pasal lagu-lagu cinta. Aku tertarik dengan video ni bila dia nyanyi lagu KRU - tajuknya entah apa, dan dia cakap I Pon100x! Aha. Tidaklah seratus kali. 

Kepada yang sudah tengok, for sure y'all tau apa yang saya maksudkan.

Kepada yang belum tengok, dan tidak kenal siapa itu mamat bernama Mat Luthfi, come on, let's check it out! Hoho.


Aku setuju dengan lagu-lagu yang mamat ni sebutkan. Memang tidak rasional juga. Haha. Aku suka ending video ni!

Enjoy!

Friday, November 25, 2011

Jom!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Apa khabar semua? Chewah! Macam host rancangan TV la pulak. Hoho. Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari kan? Saya mahu ajak kamu orang semua untuk sama-sama menghidupkan hari Jumaat ini dengan membaca Surah Al-Kahfi.

Ngee~ ^^

Seperti yang kita semua tahu (em, mungkin ada yang tidak tahu, dan saya mahu bagitahu), banyak fadhilat/ kebaikan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ni. Antaranya Allah akan memelihara dan menerangi kita dengan cahaya pada Jumaat ini hinggalah Jumaat yang berikutnya.

Rasulullah S.A.W. bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya. (H.R. Baihaqi)

Selain itu, kalau kita hafal 10 ayat pertama dan ada juga menyatakan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi, kita akan terhindar dari fitnah Dajjal!

Dari Abu Darda R.A., sabda Rasulullah S.A.W.: Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari Surah Al-Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal. (H.R. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Wow! Best kan fadhilat-fadhilatnya? Hoho. Apa lagi? Jom!

Thursday, November 24, 2011

Cikgu dan Naga

Cikgu                                              Naga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Entry kali ni agak ganas ya nampaknya.. Haha~ Alkisah Cikgu dan Naga. Kenapa? Adakah saya akan mengetengahkan pendapat ramai kanak-kanak/ murid-murid/ pelajar-pelajar di luar sana yang mengatakan cikgu mereka ni adalah diibaratkan seekor naga? Ops! Hohohoho~ Tidak lah.

Apa yang ingin saya sharingkan di sini adalah mengenai ceritera saya menjadi seorang cikgu di salah sebuah sekolah yang sangat luas dan sangat lapang bertemankan seekor naga.

Erk?

Eh, tidaklah. Saya tidak mahu berteman dengan naga itu! Haha~

But before I move on with the story, saya suka menyatakan di sini bahawa, kisah ini tidak ada kaitan dengan hamba Allah yang sudah hidup ataupun yang telah kembali kepadaNya. Kisah ini hanyalah...

Kisah bermula di mana aku sedang mengajar di salah sebuah sekolah di bandar ini. Masa tu, aku berada di dalam kelas. Tengah mengajar murid-murid lah. Subjek? Maths ofkos! Then, suddenly, I hear lah something bising-bising kat kelas sebelah. Cikgu (Cikgu Q) tu marah-marah, tengking-tengking budak, pukul-pukul budak! OMG!

Dan benda tu bukannya sekali dua aku lihat. Berkali-kali. Malah hampir setiap hari. Kelas yang sama menerima nasib sebegitu.

Aku terus meluru ke kelas sebelah meninggalkan murid-murid di dalam kelas aku dengan pesanan supaya mereka menyiapkan kerja mereka dan tidak berbuat bising. Aku ingin membantu murid-murid yang Cikgu Q marah, tengking, pukul tu. Namun, aku dihalang. That is not my class kan. Not my bussiness juga. And I have to stay out of that area!

Aku berlari. Pergi dari situ mencari seorang cikgu. Guru disiplin sekolah? Ingin meminta bantuan beliau. Cikgu A (guru disiplin) tersebut kelihatan agak busy masa tu! Aku bagitahu dia perkara yang sebenar. Tapi..

Cikgu A: Saya rasa better awak jumpa Guru Besar. Saya busy sekarang.

Kecewa.

Semua orang tahu benda tu berlaku. Kenapa tidak ada yang ambil tindakan? Aku teringat kisah kali pertama aku lihat scene itu berlaku, aku ingin melawan tapi dihalang dan tidak berkeupayaan. Aku bagitahu cikgu-cikgu yang lain. Namun, mereka hanya mampu bersimpati. Hey, kamu orang ni manusia kah? Kamu orang ni tidak ada perasaan kah melihat kanak-kanak yang masih kecil dipukul sedemikian rupa?

Aku menangis.

Aku pergi mencari Guru Besar. Aku masuk ke dalam Pejabat Am. Belum sempat aku ketuk pintu, Encik M (kerani sekolah) cepat-cepat meluru ke arah aku.

Aku: Guru Besar ada ke Encik M?

Encik M: Dia tak ada kat bilik dia sekarang. Dia kat belakang sekolah. Bangunan paling belakang sekali.

Aku: Terima kasih.

Aku berjalan dengan pantas menuju ke bahagian belakang sekolah. Di situ, aku nampak Guru Besar, dengan beberapa cikgu yang lain tengah mengepung sesuatu. Curious. Aku mendekat. Oops! Seekor naga? Seekor naga yang kepalanya dibalut dengan kain putih.

Aku: A.. a.. ap.. apa ni?

Cikgu W: Naga! Guru Besar nak sambut Tahun Baru Cina dengan naga ni.

Hah? O ya. Guru Besar tu berbangsa Cina. Tapi, naga? N-A-G-A? Are you kidding? Then, aku pun merenung tajam ke arah kepala naga itu. Aku terlihat batang hidungnya yang berwarna hijau. Tiba-tiba naga tersebut bersuara? Hey? Naga betul kah ni? Atau? Ada remote tak kat mana-mana?

Naga: Aku nampak seseorang. Eli nama dia kan?

Haaaaaahhh? Macamana dia tau nama aku pulak ni? Lagi satu, em.. suara naga tu, sebijik macam suara naga kat dalam cerita Merlin tu! 

Oke. Oke fine! Ini dah melampau ni. Sampai macam ni semua cikgu kat sekolah ni permainkan aku. Apa ingat aku ni naive sangat kah? Ah, and 1 more sebelum aku lupa. Guru Besar! Mana Guru Besar? Hah itu dia di depan mata aku. Aku pun meluru ke arah Guru Besar.

Aku: Cikgu, saya nak cakap sikit.

Oops! Naga tu bergerak dan memanggil-manggil nama aku. Dia menggerakkan kepalanya ke arah aku. Aku panik. Tapi panik dalam hati saja. Muka tetap cool! Aku pun berjalan dengan pantas ingin menuju ke kelas yang aku tinggalkan tadi membiarkan Guru Besar dan cikgu-cikgu lain yang terpinga-pinga melihat naga itu bergerak mengejar aku.

Aku terus berjalan. Laju. Laju lagi. Belok kanan. Belok kiri. Aku berada di simpang tiga. Mahu ke kanan atau ke kiri?

Kiri menuju ke kelas.

Kanan. Eh apa tu? Aku terlihat lagi scene itu. Scene di mana Cikgu Q memukul dan menengking murid-murid yang tidak tahu menahu itu. Apa pulak dia buat kat padang bawa budak-budak semua ni? Ini tidak boleh jadi. Aku mesti halang juga kali ini. Apasal orang takut dengan Cikgu Q ni pun aku tak tahu. Yang aku tahu, aku takut dengan Allah saja! Dan aku harus halang penderaan tu berlaku di depan mata aku lagi.

Eh, naga tu masih ikut aku lah! Masih memanggil-manggil nama aku. Apa ko hendak ni naga Merlin? Jalan mana ni? Kanan kah atau kiri?

But before I move on with the story, saya suka menyatakan di sini bahawa, kisah ini tidak ada kaitan dengan hamba Allah yang sudah hidup ataupun yang telah kembali kepadaNya. Kisah ini hanyalah mimpi saya tadi. Tak abis mimpi ni. Nami bangunkan saya. Dah tinggi matahari dah dia cakap! Haha~

Kalau mimpi ni adalah karangan yang cikgu kat sekolah suruh sambung dan buat ending, saya rasa saya pilih kanan, selamatkan budak-budak tu dulu. Tapi apa naga tu mau pulak? O yeah, mak saya pernah cakap, kalau mimpi kena kejar ular, jodoh dah sampai. Mama, anak mama ni mimpi kena kejar naga? Apa maksudnya? Haha~

Aku pun tak tau lah kalau aku jumpa cikgu macam Cikgu Q tu, hemm, lama dah aku report polis. Ambik gambar semua. Tapi, bukannya mudah kan, kalau orang yang tau pun tidak mahu ambil tindakan apa-apa, malah menghalang lagi aku mau buat apa-apa. Aduh. Budak-budak yang tidak tahu apa-apa dipukul sedemikian rupa!


Sudahlah. Itu semua mimpi saja. Mainan tidur.

..dan, ops! Lupa mau cerita, budak-budak yang Cikgu Q tu pukul adalah anak-anak kepada Lanun a.k.a. Pirates. Antaranya anak Jack Sparrow dan Monkey D. Luffy! Ah mengarut punya mimpi! Haha~

Adios!

WOW - Kau Yang Satu

Tanpa mu aku la yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku

Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu

Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu



Aha! alamak nostalgia dolu-dolu.. lagu jaman-jaman aku SPM dulu, masi tengah jiwang karats! Lagi-lagi gila novel Salina dan Taufik! Haha~ Layan!

Tiada lagi setelah kau,
apatah lagi sebelummu!
Amboi, cewah!

Sunday, November 20, 2011

Shila - Memori Tercipta




Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Friday, November 18, 2011

Saujana - Sendiri


Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api
Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak kuendahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi
Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali
Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri







Samsung Galaxy Note

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Aku rasa ramai yang suda tahu tentang kewujudan benda ni.. Samsung Galaxy Note! dan aku rasa, kebanyakan dari kamu orang suda tau macamana rupa dia, function yang ada pada benda ni dan macam-macam lah kan.. yang enda tau, hah diam-diam sudah! Haha~ Just search kat enjin carian Google, you'll know what is it!

Eh, ini ka Samsung Galaxy Note? Eh bukan lah! Haha~

Dipendekkan cerita, pada suatu petang yang indah (ececececeh!), aku tengah Google henpon-henpon baru yang canggih, yang branded, yang ngetop! Hoho~ Then, dengan tidak di sangka-sangkakan, aku bercakap-cakap sendiri..

'Wah, cantiknya! Wah, ada new release lah Samsung ni! Wah, Wah, Wah! (infiniti!)'
**Oops! taklah sampai infiniti tu.. hehe~

Masa tu Kak Nisa' tengah hang baju-baju kurung dia. Then, dia cakap something..

'Kamu memang suka beli-beli barang macam tu eh?'

'Maksud Kak Nisa'?'

'Maksud saya, kamu suka beli barang-barang macam tab, henpon tu eh?'

'Suka jugak!'

'Habis, kamu nak beli lah tab yang harga RM300 tu?'

'Boleh jugak kalau ada bajet, yohohoho (Brook punye stail ketawe!)'

'Erm, jangan lah Eli. Jangan membazir. Kalau tidak perlu sangat, tak payah je lah!'

Oops! agak tegas di situ nampaknya haha! Aku diam. Eh, aku diam ka lepas tu eh? Aku pun lupa. Then, masa tu jugak something menari-nari kat minda aku.

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?

One of my favourite song! Maher Zain - Awaken (Klik Sini). Hmm. Teringat susunan lirik lagu tu. Kita selalu saja beli ini, beli itu, buat ini, buat itu.. semua tu, untuk kepuasan diri kita.. kita rasa dengan beli semua barang-barang yang kita mahukan tu, kita puas! Tapi adakah Allah puas? Allah suka?

Erk.

Tengahari tadi, masa tengah masak makanan untuk lunch dengan Zizi, Kak Rozi masuk dapur bertanyakan tentang rambutan (em, skip kisah rambutan)! Then, cakap-cakap, bual-bual, bincang-bincang, terbangkit kisah (kisah ke?) Kak Fatimah yang akan tinggal kat RM ni lepas kami orang sudah move out. Then, aku pun..

'Eh, Kak Fatimah tinggal sini sorang-sorang? Mahal sewa rumah ni. Hmm, kayanya dia'

Amboi, celuparnya mulut! Cili karang haha~

'Eh, tidak lah! Dia tinggal dengan Azie..'

Dan ada lagi la beberapa orang kawan dia. Zizi yang cakap. Lepas tu Kak Rozi sambung,

'...walaupun kaya, kita sebagai umat Islam kena bersederhana, duit yang selebihnya tu kena sedekah...'

Kak Rozi cakap lebih kurang macam tu lah. Aku tak berapa ingat. Tapi, hym point dia sama.

Ehm.

Apa yang aku nak stress kat sini, tidak salah kita nak beli something. Apa-apa je lah, henpon, tab, skincare ka (haha!). Tapi biarlah berpada. Kalau benda tu betul-betul perlu dan memberi manfaat yang baik kepada kita, tidak salah kita beli. Tapi, kalau beli sebab tidak mau dilabel kolot, tidak beli barangan branded, low class dan yang sewaktu dengannya, ehm, better janganlah.

You know what are the things that you need.

Hehe. Yang paling penting, jangan fikirkan untuk puaskan hati semua orang, jangan fikir sangat apa pandangan orang terhadap diri kita. Kita cuma perlu risau apa pandangan Allah pada kita. Baik kita pada mata Allah, baiklah kita pada mata manusia.

Tak gitu?

Ngehehehe.

Oops! Sori tajuk post kali ni macam tak berapa seshwai dengan isi kandungan entry ni. Hoho.

Saja, saspen.

Dear Samsung Galaxy Note dan yang sewaktu dengannya,
Bye, bye dear~



Ahak!

Attention Please!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Actually, (oops! my entry ni always je begin with the word 'actually') I am waiting and still waiting and still waiting, waiting, waiting for my dearest friends new entry! :'(

You all busy ke?

Perhatian kepada nama-nama yang berikut! Haha~
  1. Sittie Ara
  2. beQa
  3. Miss Abni Huzaifah
  4. Strawberry Park
  5. SyaBiL_haQ
Where are your new entries?


If you are reading this, please, please, please make a new entry oke ^^

Desperatenya bunyi haha!

Thursday, November 17, 2011

Awaken - Maher Zain




We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied

We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?


Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves





This is one of my fav song. I just love the melody & lyrics!

Aduh!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Aduh! Aduh! Adoi! Haha~

Ekceli kemarin, bermula dari lepas Zohor sampai sebelum Isyak, aku ada cuba, try, test buat video aku sendiri la konon2nya. Mau buat then upload kat Youtube!

Then, kalau sudah pandai sikit-sikit buat video tu, ingatkan mau join kontes bideo paling osem Angel Pakai Gucci tu! Haha~ 

Aku try buat video yang ada lirik jak dulu, yang ada gambar-gambar tu belakang jap hehe.. Tapi aduh! punah harapanku! Haha~ Hasilnya video aku tu sound entah ke mana, lirik entah ke mana.. haha~ then, lepas aku dapat producekan video yang hampeh tu, aku pun..

Aku: Wargggghhh! :'( ee, buruknya bideo aku.. Napa macam ni? Ish, camana mo ikut kontes Angel Pakai Gucci ni???

Nami: Eee.. rilek la.. Mula-mula memang macam tu.. lama-lama pandai juga tu!

Aku: Eee.. aku kecewa! Warghhh! Rookie kan :'(

Nami: Hah? Rookie? Enda sesuai, gelaran rookie tu up lagi!

Aku: Ahhh?? Novice la ni?

Nami: Ya, ya. Beginner. Rookie tu oke lagi novis lanjutan!

Haha~ kureng belacan ko Nami! huhu~

Adei.. tak pa, tak pa.. permulaan kan.. memang mula-mula macam tu la.. macam baby juga masa mula-mula jalan, selalu jak jatuh kan? Huhu~

Belajar dari kesilapan!

Ekceli, to be honest la, semalam memang aku rasa sedih! Ya lah penat-penat aku buat, siap donlod tutorial dari Youtube lagi! Haha~ tapi semuanya ada hikmah kan? Maybe, Allah mau aku berusaha lebih keras lagi.. hehe.. Mana ada orang baru mau belajar berjalan terus pandai berlari kan? Dan mana ada orang baru belajar berjalan terus pandai jalan kucing (catwalk) kan? Mesti lah jatuh dulu, rasa sakit dulu hoho~ 

Oke! 

Aku siapkan assignment KISSM dulu, then cuba try test buat bideo lagi hohohoho~

Aku pakai Sony Vegas Pro 11 tau untuk buat bideo tu. Bila baca-baca kat blog orang, rupa-rupanya software tu untuk orang-orang yang da expert! Kalau novice tak sesuai~ ngee! Tapi? Aku peduli apa? Bila mau jadi Expert kalau tidak mula dari sekarang?

Psst! Aku mo upload bideo yang aku buat tu kat sini, tapi entahlah error ja, dia malu tunjuk diri dia kot haha! 


Fullstop.

Wednesday, November 16, 2011

Preparation

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Persediaan untuk KISSM:

  1. Esaimen/ Kerja Kurus Kursus
  2. Redi untuk exam bertulis KISSM

Persediaan untuk Temuduga:
  1. Sijil-sijil, transkrip-transkrip, gambar dan yang sewaktu dengannya
  2. Daftar pengundi (sudah 23 tahun ni belum daftar lagi!)
  3. Blazer
  4. Kasut bertumit warna hitam berkilau berkilat

Persediaan dari segi mental dan fizikal untuk kedua-dua benda di atas.

Doa.

Tawakkal.

Selamat Malam. Maaf Zahir dan Batin.

Ganbatte Kudasai!

Tuesday, November 15, 2011

Taare Zameen Par (2007)

Assalamualaikum..
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang~ 
(aha! tiru-tiru gaya Maria Elena)

Semalam aku baru lepas streaming satu Hindi Movie ni yang bertajuk Taare Zameen Par or kalau tak silap maksudnya Every Child is Special..


Movie ni sudah lama dah release.. But ofkos! as usual, I'm alwyas outdated! eh betul kah ayat tu? ngee~

Movie ni disebut-sebut oleh Fiza masa kami orang (aku, Nami & Fiza) tengah dinner sama-sama kat dapur RM.. 

Oke, dipendekkan storilah~ Cerita ni mengisahkan pasal seorang budak yang berumur 9 atau 10 tahun yang mengalami Disleksia. Hah? Disleksia? Disleksia tu sejenis penyakit (eh penyakit eh?) di mana seseorang tu mengalami kesukaran untuk membaca dan menulis. Children with dyslexia ni (ehem!) biasanya melihat dunia ni dari pandangan yang berbeza. Eh, melalut jauh pulak!


Budak tu bernama Ishaan. Ishaan ni mempunyai seorang abang, Yohan yang sangat bijak tidak seperti dia yang dilabel 'lembab', 'pemalas' dan macam-macam lagi oleh orang sekeliling. Hinggalah pada suatu hari, famili Ishaan hantar Ishaan ni pergi sekolah berasrama. Kat situ lah berlaku sedikit perubahan! Perubahan apa? hah, tengok sendiri! haha~


Aku streaming kat youtube ja movie ni. Meleleh air mata tengok movie ni huhu~ Aku terbayang adik aku, Dino. Dulu dia pun macam tu, konfius dengan huruf 'b' dan 'd', pakai butang baju sekolah tak betul, ikat tali kasut tidak berapa pandai. Alhamdulillah, sekarang dia dah oke.

Sebagai bakal guru, cerita macam ni banyak mengajar aku supaya tidak menghukum murid-murid sewenang-wenangnya dan menggelar mereka 'lembab' atau yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah, dekat maktab ni banyak yang aku belajar.. dan, aku juga suka dengan transformasi KBSR kepada KSSR. KSSR ni banyak kebaikan dan kelebihannya. Hehe~ oke, oke stop!

Well, aku bagi 4.5 out of 5 stars dan moon untuk movie ni! Yeye!!

Streaming Movie: Taare Zameen Par (2007)

Psst! Sebelum tengok movie ni, ready tisu k! Haha!

Saturday, November 12, 2011

F.R.I.E.N.D.S


Teman yang paling baik adalah apabila kamu..
Melihat wajahnya kamu teringat akan ALLAH,
Mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,
Melihat gerak-gerinya teringat mati..

Friday, November 11, 2011

Doa untuk zuriat yang baik



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Tadi aku, Zizi, Shafi', Fiza, Nongkoi dan Che' Nah pegi rumah Macik Nik sebab mahu ziarah sahabat kesayangan kami Linda yang 'sakit' sebab eksiden.. huhu~

Masa tengah melawat tu, sambil2 tonton TV, huhu beshnya, kat RM ni mana ada TV.. Jadi bila jumpa TV, apa lg! aha~ Masa tu tengok rancangan Semanis Kurma yang dipengacarakan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah bersama suaminya.. Dipendekkan dan disimplekan cerita, di akhir rancangan tu mereka ada bagi Doa Untuk Mendapat Zuriat Yang Baik!

Doa-doanya terdapat dalam Al-Quran:

  1. Surah Al-Kahfi ayat 39
  2. Surah Al-Anbiya ayat 89
  3. Surah Ali Imran ayat 38
Jom kita sama2 amalkan mulai dari sekarang! ^_^ InsyaAllah kita akan mendapat zuriat yang soleh solehah di masa akan datang! amin ya Rabb!

Psst! Tidak larat dah mau taip bebanyak2.. Penat mau tidur~ hehe~ Oyasumi Nasai!!

Tuesday, November 8, 2011

Aurat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Seperti yang kita semua tau aurat ni memang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.. Kenapa kita mesti tutup aurat? Jawapan yang paling simple adalah untuk memelihara diri kita dan orang lain daripada teringin atau mahu berbuat maksiat!

Allah bukan suka2 saja suruh kita tutup aurat kan? Semuanya bersebab.. Allah lebih tau apa yang lebih baik untuk diri kita daripada diri kita sendiri..

Kenapa berlakunya kes2 rogol? Sebab orang tidak tutup aurat lah! Huhu~ memang itu bukan sebab utama, tapi itu adalah salah satu penyebab kepada kes2 macam ni berlaku..

Sebagai contoh, ada seorang perempuan bernama A yang suka berpakaian seksi. Seorang lelaki yang bernama P berasa ingin melakukan maksiat apabila melihat perempuan A tadi. Perkara yang berterusan akan membuatkan lelaki P tadi untuk melakukan maksiat ataupun merogol seorang perempuan lain (B) atau lebih. Dalam kisah ini, lelaki P itu memang berdosa kerana telah merogol perempuan B, tapi perempuan A juga mendapat dosa kerana perempuan A merupakan salah satu penyebab lelaki P merogol perempuan B.

Heheh~ free2 ja dapat dosa kan..

Fokus isu rogol ni sebab banyak dah kes2 buang2 anak kan.. Semuanya berpunca dari rogol, hubungan kapel2 dan macam2 lagi lah!

Aurat ni bukan melibatkan pakaian saja, suara pun aurat! Aduh! Teringat cita2 masa kecik dulu mau jadi penyanyi hehe.. Syukur alhamdulillah tidak tercapai cita2 tu!

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebgai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(33:59)

InsyaAllah, percaya dengan janji Allah.. orang yang tutup aurat ni terpelihara!

Semasa saya membaca blog Telaga Biru sebentar tadi, saya tertarik dengan tajuk Jawapan Ustaz Zahazan mengenai persoalan "aurat dalam gambar" (Link di Sini). Menurut Ustaz Zahazan, Isu aurat ni melibatkan hidup dan mati! Maksudnya, benda berkaitan aurat ni memang serius la huhu~ Menurut beliau lagi, gambar yang menunjukkan aurat walaupun tidak mendatangkan fitnah harus dielak sebaik mungkin!

Tapi biasanya la kan, biarpun gambar kita tu sudah menutup aurat dengan sempurna dan bagi kita tidak mendatangkan fitnah, akan ada juga orang2 yang bernafsu melihat gambar2 yang menutup aurat tu.. Bak kata pepatah Melayu;
Rambut sama hitam, 
Hati lain-lain.

InsyaAllah, entry ni adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga. InsyaAllah akan cuba untuk menutup aurat dengan sesempurna mungkin mengikut apa yang disyariatkan Islam. Amin.

~~~~~*~~~~~*~~~~~*~~~~~

Oops! Study Week ni~ Esok exam dah! Paper EDU. Doakan saya berjaya! ^^