eLise

Suka Blog Saya Ke?

Tuesday, November 29, 2011

Tak Suke, Tak Suke, Tak Suke!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sehari lagi. Aku akan move out daripada rumah sewa kesayangan aku dan kawan serumah yang lain. Ya lah, kalau ikut kontrak yang dibuat, 30-10-11 kami kena keluar daripada rumah ini. Sob, sob. Sedeh aku rasa. Oh RM a.k.a. Raudhatul Munirah kesayanganku. Cewah!

Cerita pasal mau balik kampung ni, ni yang buat aku tak suka, tak suka, tak suka ni! Eh? Haritu berabis countdown masa untuk balik kampung, sekarang tak suka pulak? 

Wahahaha. Bukan begitu. Aku tak suka sebab aku kena balik kampung menggunakan air transport yang diberi nama AirAsia (AA)! Huahua. Punya lah aku rasa benci dan tak suka bila dapat tau Pak Cik aku TERbelikan tiket balik kapal tu.


Sob, sob. Dulu, aku ingat lagi. Aku naik kapal tu, habis luggage aku rosak. Punah. Rodanya entah ke mana. Handlernya tercabut! Aduh. Sejak dari hari itu, aku tak suka dengan AA. Wek!

Haha. Tu pasal aku tak suka naik AA tu. Siap aku promote dengan kawan-kawan jangan naik kapal AA tu. Hoho jahatnya. Sekarang, kena batang hidung sendiri balik. Padan muka duaposen aku.

Astaghfirullahalazim.

'Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.' (2:216)

Di kala aku sedang bermuram durja, menyalahkan orang-orang yang tidak tahu apa-apa, aku teringat ayat ni. Fuyyo! Tenang terus beb. Hehe. Mungkin ada hikmah disebaliknya. 

Kalau difikir-fikir balik apa yang seorang kawan aku pernah cakap, kapal terbang AA ni baru dan laju. So, tidak perlu tunggu lama. Keselamatan pun insyaAllah terjamin berbanding kapal-kapal yang lama.

Oke. Thanks.

Doakan keselamatan aku balik ke kampung.

Bye.

Teringat iklan tak suke tak suke kat TV dulu. Iklan cat dinding rumah. Tapi, cari-cari kat YouTube tak jumpa. Hoho.

No comments:

Post a Comment