eLise

Suka Blog Saya Ke?

Thursday, November 24, 2011

Cikgu dan Naga

Cikgu                                              Naga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Entry kali ni agak ganas ya nampaknya.. Haha~ Alkisah Cikgu dan Naga. Kenapa? Adakah saya akan mengetengahkan pendapat ramai kanak-kanak/ murid-murid/ pelajar-pelajar di luar sana yang mengatakan cikgu mereka ni adalah diibaratkan seekor naga? Ops! Hohohoho~ Tidak lah.

Apa yang ingin saya sharingkan di sini adalah mengenai ceritera saya menjadi seorang cikgu di salah sebuah sekolah yang sangat luas dan sangat lapang bertemankan seekor naga.

Erk?

Eh, tidaklah. Saya tidak mahu berteman dengan naga itu! Haha~

But before I move on with the story, saya suka menyatakan di sini bahawa, kisah ini tidak ada kaitan dengan hamba Allah yang sudah hidup ataupun yang telah kembali kepadaNya. Kisah ini hanyalah...

Kisah bermula di mana aku sedang mengajar di salah sebuah sekolah di bandar ini. Masa tu, aku berada di dalam kelas. Tengah mengajar murid-murid lah. Subjek? Maths ofkos! Then, suddenly, I hear lah something bising-bising kat kelas sebelah. Cikgu (Cikgu Q) tu marah-marah, tengking-tengking budak, pukul-pukul budak! OMG!

Dan benda tu bukannya sekali dua aku lihat. Berkali-kali. Malah hampir setiap hari. Kelas yang sama menerima nasib sebegitu.

Aku terus meluru ke kelas sebelah meninggalkan murid-murid di dalam kelas aku dengan pesanan supaya mereka menyiapkan kerja mereka dan tidak berbuat bising. Aku ingin membantu murid-murid yang Cikgu Q marah, tengking, pukul tu. Namun, aku dihalang. That is not my class kan. Not my bussiness juga. And I have to stay out of that area!

Aku berlari. Pergi dari situ mencari seorang cikgu. Guru disiplin sekolah? Ingin meminta bantuan beliau. Cikgu A (guru disiplin) tersebut kelihatan agak busy masa tu! Aku bagitahu dia perkara yang sebenar. Tapi..

Cikgu A: Saya rasa better awak jumpa Guru Besar. Saya busy sekarang.

Kecewa.

Semua orang tahu benda tu berlaku. Kenapa tidak ada yang ambil tindakan? Aku teringat kisah kali pertama aku lihat scene itu berlaku, aku ingin melawan tapi dihalang dan tidak berkeupayaan. Aku bagitahu cikgu-cikgu yang lain. Namun, mereka hanya mampu bersimpati. Hey, kamu orang ni manusia kah? Kamu orang ni tidak ada perasaan kah melihat kanak-kanak yang masih kecil dipukul sedemikian rupa?

Aku menangis.

Aku pergi mencari Guru Besar. Aku masuk ke dalam Pejabat Am. Belum sempat aku ketuk pintu, Encik M (kerani sekolah) cepat-cepat meluru ke arah aku.

Aku: Guru Besar ada ke Encik M?

Encik M: Dia tak ada kat bilik dia sekarang. Dia kat belakang sekolah. Bangunan paling belakang sekali.

Aku: Terima kasih.

Aku berjalan dengan pantas menuju ke bahagian belakang sekolah. Di situ, aku nampak Guru Besar, dengan beberapa cikgu yang lain tengah mengepung sesuatu. Curious. Aku mendekat. Oops! Seekor naga? Seekor naga yang kepalanya dibalut dengan kain putih.

Aku: A.. a.. ap.. apa ni?

Cikgu W: Naga! Guru Besar nak sambut Tahun Baru Cina dengan naga ni.

Hah? O ya. Guru Besar tu berbangsa Cina. Tapi, naga? N-A-G-A? Are you kidding? Then, aku pun merenung tajam ke arah kepala naga itu. Aku terlihat batang hidungnya yang berwarna hijau. Tiba-tiba naga tersebut bersuara? Hey? Naga betul kah ni? Atau? Ada remote tak kat mana-mana?

Naga: Aku nampak seseorang. Eli nama dia kan?

Haaaaaahhh? Macamana dia tau nama aku pulak ni? Lagi satu, em.. suara naga tu, sebijik macam suara naga kat dalam cerita Merlin tu! 

Oke. Oke fine! Ini dah melampau ni. Sampai macam ni semua cikgu kat sekolah ni permainkan aku. Apa ingat aku ni naive sangat kah? Ah, and 1 more sebelum aku lupa. Guru Besar! Mana Guru Besar? Hah itu dia di depan mata aku. Aku pun meluru ke arah Guru Besar.

Aku: Cikgu, saya nak cakap sikit.

Oops! Naga tu bergerak dan memanggil-manggil nama aku. Dia menggerakkan kepalanya ke arah aku. Aku panik. Tapi panik dalam hati saja. Muka tetap cool! Aku pun berjalan dengan pantas ingin menuju ke kelas yang aku tinggalkan tadi membiarkan Guru Besar dan cikgu-cikgu lain yang terpinga-pinga melihat naga itu bergerak mengejar aku.

Aku terus berjalan. Laju. Laju lagi. Belok kanan. Belok kiri. Aku berada di simpang tiga. Mahu ke kanan atau ke kiri?

Kiri menuju ke kelas.

Kanan. Eh apa tu? Aku terlihat lagi scene itu. Scene di mana Cikgu Q memukul dan menengking murid-murid yang tidak tahu menahu itu. Apa pulak dia buat kat padang bawa budak-budak semua ni? Ini tidak boleh jadi. Aku mesti halang juga kali ini. Apasal orang takut dengan Cikgu Q ni pun aku tak tahu. Yang aku tahu, aku takut dengan Allah saja! Dan aku harus halang penderaan tu berlaku di depan mata aku lagi.

Eh, naga tu masih ikut aku lah! Masih memanggil-manggil nama aku. Apa ko hendak ni naga Merlin? Jalan mana ni? Kanan kah atau kiri?

But before I move on with the story, saya suka menyatakan di sini bahawa, kisah ini tidak ada kaitan dengan hamba Allah yang sudah hidup ataupun yang telah kembali kepadaNya. Kisah ini hanyalah mimpi saya tadi. Tak abis mimpi ni. Nami bangunkan saya. Dah tinggi matahari dah dia cakap! Haha~

Kalau mimpi ni adalah karangan yang cikgu kat sekolah suruh sambung dan buat ending, saya rasa saya pilih kanan, selamatkan budak-budak tu dulu. Tapi apa naga tu mau pulak? O yeah, mak saya pernah cakap, kalau mimpi kena kejar ular, jodoh dah sampai. Mama, anak mama ni mimpi kena kejar naga? Apa maksudnya? Haha~

Aku pun tak tau lah kalau aku jumpa cikgu macam Cikgu Q tu, hemm, lama dah aku report polis. Ambik gambar semua. Tapi, bukannya mudah kan, kalau orang yang tau pun tidak mahu ambil tindakan apa-apa, malah menghalang lagi aku mau buat apa-apa. Aduh. Budak-budak yang tidak tahu apa-apa dipukul sedemikian rupa!


Sudahlah. Itu semua mimpi saja. Mainan tidur.

..dan, ops! Lupa mau cerita, budak-budak yang Cikgu Q tu pukul adalah anak-anak kepada Lanun a.k.a. Pirates. Antaranya anak Jack Sparrow dan Monkey D. Luffy! Ah mengarut punya mimpi! Haha~

Adios!

No comments:

Post a Comment