eLise

Suka Blog Saya Ke?

Tuesday, November 8, 2011

Aurat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Seperti yang kita semua tau aurat ni memang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.. Kenapa kita mesti tutup aurat? Jawapan yang paling simple adalah untuk memelihara diri kita dan orang lain daripada teringin atau mahu berbuat maksiat!

Allah bukan suka2 saja suruh kita tutup aurat kan? Semuanya bersebab.. Allah lebih tau apa yang lebih baik untuk diri kita daripada diri kita sendiri..

Kenapa berlakunya kes2 rogol? Sebab orang tidak tutup aurat lah! Huhu~ memang itu bukan sebab utama, tapi itu adalah salah satu penyebab kepada kes2 macam ni berlaku..

Sebagai contoh, ada seorang perempuan bernama A yang suka berpakaian seksi. Seorang lelaki yang bernama P berasa ingin melakukan maksiat apabila melihat perempuan A tadi. Perkara yang berterusan akan membuatkan lelaki P tadi untuk melakukan maksiat ataupun merogol seorang perempuan lain (B) atau lebih. Dalam kisah ini, lelaki P itu memang berdosa kerana telah merogol perempuan B, tapi perempuan A juga mendapat dosa kerana perempuan A merupakan salah satu penyebab lelaki P merogol perempuan B.

Heheh~ free2 ja dapat dosa kan..

Fokus isu rogol ni sebab banyak dah kes2 buang2 anak kan.. Semuanya berpunca dari rogol, hubungan kapel2 dan macam2 lagi lah!

Aurat ni bukan melibatkan pakaian saja, suara pun aurat! Aduh! Teringat cita2 masa kecik dulu mau jadi penyanyi hehe.. Syukur alhamdulillah tidak tercapai cita2 tu!

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebgai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(33:59)

InsyaAllah, percaya dengan janji Allah.. orang yang tutup aurat ni terpelihara!

Semasa saya membaca blog Telaga Biru sebentar tadi, saya tertarik dengan tajuk Jawapan Ustaz Zahazan mengenai persoalan "aurat dalam gambar" (Link di Sini). Menurut Ustaz Zahazan, Isu aurat ni melibatkan hidup dan mati! Maksudnya, benda berkaitan aurat ni memang serius la huhu~ Menurut beliau lagi, gambar yang menunjukkan aurat walaupun tidak mendatangkan fitnah harus dielak sebaik mungkin!

Tapi biasanya la kan, biarpun gambar kita tu sudah menutup aurat dengan sempurna dan bagi kita tidak mendatangkan fitnah, akan ada juga orang2 yang bernafsu melihat gambar2 yang menutup aurat tu.. Bak kata pepatah Melayu;
Rambut sama hitam, 
Hati lain-lain.

InsyaAllah, entry ni adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga. InsyaAllah akan cuba untuk menutup aurat dengan sesempurna mungkin mengikut apa yang disyariatkan Islam. Amin.

~~~~~*~~~~~*~~~~~*~~~~~

Oops! Study Week ni~ Esok exam dah! Paper EDU. Doakan saya berjaya! ^^

2 comments:

  1. cuba bg pandangan ttg wanita yg menutup aurat tp keluar berduaan dgn lelaki yg bukan muhrim (BF)...& apa hukum jika sebagai muslimah..kita mengatakan dgn rakan cantik baju yg dipakai rakan kita..sedangkan baju tu agak mendedahkan aurat sebenarnya (walaupun zmn skg ni org menutup aurat..tp sbnrnya terdedah)

    ReplyDelete
  2. bagus pandangan iske, insyaAllah ada umur yg pjg, sy akan post bkaitan dgn pkara tu..

    ReplyDelete