eLise

Suka Blog Saya Ke?

Sunday, November 27, 2011

Andaikan...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Em.

Kadang-kadang kita tidak perasan, apa yang kita cakap tu membuatkan orang yang mendengarnya terasa.
Kadang-kadang kita pun rasa begitu, terasa dengan kata-kata seseorang. Mungkin dia sengaja. Mungkin tidak.

Susahnya mau apply sikap berlapang dada ni ya. Kalau dapat? Macamana mau dapat?

Andaikan kalau kita berlapang dada dan berjaya melapangkan dada kita dengan sikap dan kata-kata kawan-kawan kita, kita akan mendapat Diploma Berlapang Dada. Up lagi, Ijazah Sarjana Muda Berlapang Dada. Up lagi, Ijazah Sarjana Berlapang Dada. Sampai dapat PhD.

Graduation cap with the Sijil!

Heh. Bukan senang nak dapat ijazah ni (Pinjam kata-kata Che' Nah).

Andaikan, kita berjaya berlapang dada dengan pelbagai karenah kawan-kawan di sekeliling kita, kita awet muda. Hoho (tersengih-sengih dengan sinisnya). Ala, kalau fikir pasal masalah kawan tersalah cakap, tersalah bicara, hormon-hormon (aku pun tak faham Sains ni ok, andaikan saja) akan terlebih atau terkurang kerana bekerja lebih masa membuatkan kita cepat tua/ cepat gemuk/ menjadi kurus kerempeng.

Yeye, aku awet muda + comel! 

Werkh. Mau ka? Ofkos la tak mau kan?

Wow! Aku dah mula dah berlapang dada. Mula dah. Dah lupa dah. Ya. Lupakan itu semua! Wuhahahaha.

Keburukan/ kejahatan orang kita rahsiakan dan lupakan. Kebaikan orang kita ingat.
Kejahatan kita pada orang kita sentiasa ingat. Kebaikan pada orang, lupakan.

Hehe. Yang paling penting, dapat pahala. Allah sayang. Istighfar banyak-banyak untuk menghilangkan dosa dan noda. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment