eLise

Suka Blog Saya Ke?

Thursday, November 3, 2011

Ikhlas Kerana Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sejak minggu lepas, aku rasa sedih dan down sangat.. smuanya kerana aku beranggapan aku bukanlah seorang yang hebat dan berpengaruh seperti Saidina Umar, aku juga beranggapan aku bukanlah seorang wanita yg boleh menjadi seorang murabbi yang berjaya..


Itu pandangan aku pada masa tu..

Aku merasakan aku tidak layak utk mengikuti jalan dakwah, kerana aku adalah ibarat kura-kura yg lambat dan lemah, tidak seperti sahabat lain yg hebat dan tangkas seperti singa..

 VS

Klu x silap, seharian juga aku sedih fkir benda ni.. Ya Allah.. lucu kan?

Then, aku minta pendapat beberapa org sahabat aku.. [Dialog d'ubah suai]

Nami

"Kita mungkin bukan singa / Saidina Umar. Tapi kita boleh tolong2 kan? Kita buat benda yg kecil2 yg org ingat remeh tp sbenarnya penting. Kerja belakang tabir. Tidak semua org boleh ke depan."

Ya, betul tu Nami. Saidina Umar pun memerlukan sahabat/ askar2/ tntera2 utk mlawan musuh. Saidina Umah memerlukan sahabat utk mmbantunya. Dia x mampu buat sndiri. Itu la aku. Aku adalah askar2 tu yg walaupun tidak menonjol, tp aku buat semuanya Lillahi Ta'ala.

Shafi'

"Benda ni perlukan masa. Slow & steady. Ko jgn risau, mungkin skg ko x mampu lg. Tp, siapa tau 5 atau 10 tahun lg?"

5 atau 10 tahun lg? InsyaAllah. Aku masa kini belum tentu sama dgn aku masa akan datang!

Zizi

"Jgn risau El. Ko berbakat! Kami org dulu pn kena push baru dpt buat. Ko buat saja pelan2. Mula dari family ko dlu. Tu kan dakwah juga? Klu smua ahli kuarga ko ikut jalan dakwah, ko x hepy ka?"

Ya Rabbi, hepy Zi.. Amin ya Rabb! Yeah, aku harap aku mempunyai bakat seperti ko.. ko yg berbakat besar sebenarnya.. Oops! bukan aku yg ckp, aku ulang apa yg Ust. Firdaus ckp jak! hehe, tp btul kan?

Kak Nisa'

"Benda ni perlukan masa. Sedangkan al-Quran pun turun berperingkat2. Tidak semestinya harini ko dapat, esok ko bole buat. Benda tu x mustahil. Tapi, yg kita cari ni kualiti, bukan kuantiti!"

Yup! btul tu Kak Nisa'. Aku x perlu tgesa2 cari orang. Aku x perlu tgesa2 mnyampaikan bnda yg aku sndiri x pasti. Ilmu kena dicari, ya mmg mncari ilmu x kan abis, tp aku perlu btul2 bsedia dan insyaAllah aku mampu lakukannya.

Feny

"Ko penah ka dengar kisah sahabat, Uwais al-Qarni? Dia seorg yg simple saja, x femes mcm Saidina Umar tapi namanya mnjadi pbualan di kerajaan langit sbb dia cintakan Rasulullah SAW krn Allah dan dia patuh dgn ibunya. Yg pnting apa yg kita lakukan ikhlas kerana Allah!"

Ya Allah. Aku x perlu jadi femes. Aku x perlu jd seorang yg menonjol utk mndpt keredhaanNya. Walaupun aku kerja belakang tabir saja, tp klu aku ikhlas buat smuanya Lillahi Ta'ala, insyaAllah, Allah akan meredhai aku. Tidak perlu nama menjadi perbualan di dunia, perbualan di kerajaan langit? Subhanallah.

Seimbangkan DUNIA dan AKHIRAT?

TIDAK.

Lebihkan DUNIA daripada AKHIRAT. 
Lebihkan AKHIRAT daripada DUNIA.
Kejar AKHIRAT. Secara tidak langsung dapat DUNIA.

Uwais al-Qarni tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW, tp amat mencintai nabi SAW krn Allah. Hebatlah kita manusia di akhir zaman ni kalau dapat mencintai Rasulullah SAW kerana Allah SWT yg kita langsung tidak pernah jumpa, yg hidup beribu2 tahun dahulu dan cuma mngetahui kisah baginda melalui Al-Quran, As-Sunnah dan sirah.

Hebatlah kita kalau kita melakukan segalanya ikhlas kerana Allah SWT. Kita solat ikhlas kerana Allah. Baca Al-Quran ikhlas kerana Allah. Makan itu suatu ibadah, tidur, mencuci kain dan mcm2 lg. Jika segala2nya kita lakukan ikhlas keranaNya. InsyaAllah, kita akan beroleh rahmatNya.

Amin ya Rabb.

Wallahu'alam. 

4 comments:

  1. terkezut jg tengok senarai nama kat atas tu. inshaallah, jika kita ikhlas menolong agama-Nya, Dia akan menolong kita...amin

    ReplyDelete
  2. x smua tu kak, ada rmai lg, cuma x ingat isi prbualan.. huhu manusia mudah lupa..

    ReplyDelete
  3. el...ada kemusykilah.. "LEBIHKAN DUNIA DARIPADA AKHIRAT"... memang itukah maksud dikau wahai sahabtku syg???

    ReplyDelete
  4. oops! silap ya rabbi.. lebihkan akhirat drp dunia hehe.. makasi zi

    ReplyDelete