eLise

Suka Blog Saya Ke?

Monday, October 31, 2011

Pasar atau Kapal?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Baru lepas kol ngn family kat kampung tadi.. waaa~ hepy.. tp agak geram ngn prangai adik bongsu aku, Popo yg mo minta beli keta kontrol! ada ka minta beli keta kontrol plak~ haha.. dah la ppuan.. x bagus sgt.. better dia main chess ka, dam ka.. bole menjana pemikiran ckit kan? eh? menjana pemikiran? btul ka ayat tu? huhu~

Pasar dan Kapal? oops!

.          .          .

Teringat bait2 lagu yg femes kat radio tu ntah sapa nyanyi aku lupa.. tajuk lagu tu klu x silap Kalau Berpacaran..

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Cerita pasal kapel atau pacaran ni mmg banyak.. kapel haram la, kapel islamik la dan mcm2 la.. aku tergerak untuk berkongsi entry ni sbb tadi masa kat Bintang Megamall, aku duduk kat Sugar Bun tunggu Nami, dia pi beli air.. eh, lupa pla.. aku duduk2 tu tengok2 gelagat org ramai lalu lalang depan aku.. waaahhh.. ada yg tinggi, yg chubby, yg kurus, yg comel, montel smuala.. haha! tiba2 ada satu pasangan lalu kat depan aku.. sorang lelaki ngn sorang ppuan btudung.. pegang tangan.. masih muda lg.. xtau la dorang ni kapel ka, dah kawen ka, adik beradik or apa2 jak la.. aku sangka baik jak tngok mcm tu.. maybe dah kawen kot.. eh, tp rupa masi muda, cam kapel jak? eh eh, sucikan hati.. sangka baik.. tapi, klu kapel.. syg kan? ppuan tu senang2 jak serah tangan dia untuk dipegang oleh lelaki yang bukan mahramnya.. 

Hmm..

Kalau berpacaran? eh boleh ka berpacar-pacaran? berkapel-kapelan? hym.. kalau dirujuk pada firman Allah SWT di dalam Surah al-Isra' ayat yg ke 32 yang bermaksud:

"dan janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk"

Di dalam ayat ni Allah da menyatakan bahawa jangan dekati zina dan klu dekati juga ia adalah suatu perbuatan yang sangat keji.. belum lg buat zina kan.. dekati zina pn dah kena larang.. apa kaitannya ngn kapel ni? kapel ni mmg mendekatkan sesebuah pasangan kapel itu kepada zina.. walaupun dorang tu x bezina, tp dah mendekati zina dan ia adalah perbuatan yang keji..

Ada yang kata kapel islamik.. dengan tidak keluar besama, x kol, sms jak.. sms pn sms yg islamik2 ja mmberi peringatan kepada Allah.. tp smpai bila? mustahil cerita tu akan stop kat ctu ja.. sampai suatu tahap cerita tu akan menyimpang sedikit demi sedikit dari topik td.. dan ia mmg melibatkan zina hati.. bermula dari mata yang melihat sms, tangan yang menekan punat2 henpon dan seterusnya hati yang berbunga2 krn mnunggu dan mendapat mesej daripada si dia yang ter'cinta'.. last skali, fokus akan hilang.. fokus apa? fokus kpd cinta yang sebenarnya.. cinta kpd Allah..

Pandai jak aku taip mcm tu kan? haha~ ya aku mmg pandai pun! genius! hehe~ dah la masuk bakul, mo try angkat sendiri plak! knp aku ckp mcm tu? knp aku ckp kapel tu mlibatkan zina hati walaupun kononnya kapel tu ingin dibina atas dasar 'kapel islamik'? sbb, aku penah melaluinya.. semuanya berlaku pada zaman aku berada dalam keadaan jahil.. zaman jahiliyah.. zaman kapel2, cintan cintun semua.. 

Terus-terang aku cakap, masa zaman jahiliyah dlu, kapel tu mmg mmbuatkan aku lebih jauh daripada Allah sedangkan Allah itu sangat dekat ngn kita.. walaupun aku tidaklah berdeting2 kat luar dan pegang2 mcm pasangan2 kapel yang aku jumpa sebelum ni, sbb masa tu aku gelar kapel tu, kapel islamik.. kapel berlandaskan Islam la kunun huhu! suka sangat berada di zon kelabu.. zon yg sengaja dicipta antara zon hitam dan putih untuk menyelamatkan diri daripada dikatakan berdosa kepada Allah.. serius! masa kapel dlu, aku mmg rasa jauh daripada Allah.. solat x khusyuk, zikir kepadaNya sangat kurang.. aku btul2 abaikan Pencipta yang Mengasihi dan Menyayangi diriku ini.. betapa dekatnya Allah dengan aku.. aku yang menjauhkan diri.. ia adalah sama seperti yang Allah kalamkan di dalam firmanNya di dalam Surah Qaaf ayat 16 yang bermaksud:

"dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang ( pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"

Dekatnya Allah tu ngn kita.. aku jak yang lalai dalam mengingatiNya dan merasai bahawa Allah sentiasa ada.. yang aku ingat, boyfren aku ja.. huhu! then, mo kapel islamik la kunun.. tp, cerita yg islamik tu last2 akan menyimpang ke cerita lain yg dipenuhi ngn janji2 yg blum tentu sahihnya.. janji yg dilafazkan dgn hawa nafsu sahaja tanpa mengikut logik akal dan iman.. cerita yang berkisarkan ttg andaian yang sia2.. masa depan yg dirancang pelbagai cara.. mcmlah benda tu semua konfem akan jadi! huhu~

Allah tau keupayaan hamba2nya.. sbb tu la kita dilarang keras untuk mendekati zina.. sbb ia pbuatan keji yang tidak mustahil akan menjerumuskan diri kita yang lemah kepada godaan syaitan ni kepada zina.. 

Semoga kita semua lebih bijak jauhi zina.. semoga Allah mengampuni dosa2 kita sebelum, semasa dan di masa akan datang..

Amin ya Rabb.

Eh? Pasar atau Kapal? cuba teka?

.

.

.

.

.

Pacar atau Kapel?
Hehehe!

No comments:

Post a Comment