eLise

Suka Blog Saya Ke?

Saturday, October 8, 2011

Penantian: Penyeksaan atau Ujian?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!~

Seringkali orang mengatakan bahawa Penantian itu Suatu Penyeksaan! (cewah) bagi aku tidak.. pada pandangan aku, penantian itu adalah satu ujian bagi kita.. jgn rasa terseksa dgn menunggu, ia adalah satu ujian, ujian sama ada kita sabar menghadapi penantian.. kan sabar itu SEPARUH daripada IMAN

Ekceli, bila terlihat atau terlintas difikiran perkataan 'Penantian' ni, otomatik aku akan teringat kisah lama.. whoooosshhh whooooossshhh (background sound utk kembali ke masa silam! aha!) kisah di mana masa form 5 dlu, kat SMKDPA dlu.. sekolah aku ni jauh dari rumah aku.. klu mo harap jalan kaki? erk? entah sehari tu smpai ka tidak.. mmg jauh la nun di sana.. so, tiap2 pagi aku kenalah bgun lbeh awal seawal2nya (x brp nak ingat pkul brp) then kena pegi ke bus stop then duduk sana mcm tunggul tunggu keta atau van sapu mo pegi sekolah..

tp benda ni x la berlanjutan, selang bbrp bulan, aku tumpang pacik aku yg kbetulannya tiap2 pagi akan ke bandar Tawau utk mencari rejeki.. haa, tp pagi jak la.. balik dari skola, aku kena tunggu prebet (gelaran yg kami org kat kg panggil utk keta sapu dan van sapu) dan turun kat pekan.. dari pekan tu haaaaa..... masa tu la sebuah penantian tu berlaku!!! haha~ dan kwn baik aku merangkap klasmet dan juga sahabat seperjuangan menanti kedatangan prebet utk balik ke rumah, Saidah juga mnerima nasib yg sama sperti aku.. org lain dah balik dah.. makan nasi, tngok tv, zZz..!! kami bdua? dok tercongok dduk kat blkg Milimewa tunggu ketibaan pacik prebet nak balik umah! fuh.. mmg lama jugak la.. kadang smpai jam 2, jam 3.. jarang smpai rumah tepat2 jam 12.30! haha.. pastu Saidah mesti akan ckp, "mmglah, penantian ni 1 penyeksaan" sambil sama2 nyanyi2 lagu Penantian - Bienda.. aku pn mengiyakan bnda tu masa tu.. biasala, kami kan masi muda (16/17 tahun beb!).. haha.. tp, bila suda dewasa ni, jika difikir2 balik.. ada hikmahnya juga menanti.. satu; aku belajar utk menjadi lebih penyabar (kerana aku ni gejoloh gelojoh orgnya), kdua; aku ngn Saidah dpt share2 crita.. kisah hidup family, minat, isu2 semasa (bkn isu global, isu semasa d kg dan skola) dan yg ketiga adalah memori yg terindah yg tersemat dlm mindaku ini antara aku dan Saidah.. haha.. 

Barangsiapa yg slalu diberi ujian, dia disayangi Allah.. 

Klu difikir2 balik, semua benda yg nampak negatif, tp klu kita anggap ianya sbg ssuatu yg positif insyaAllah positif la hasilnya.. aku percaya, semua kejadian ada hikmah disebaliknya.. 

Penantian itu bukan suatu penyeksaan..
Penantian itu adalah suatu ujian.. 
Ujian utk menentukan sama ada kita sabar atau tidak dalam menanti ssuatu..
InsyaAllah, kesabaran akan memberikan manfaat dan hasil yg baik..
Sabar itu manis bagi yg mengamalkannya ^____^



p/s: peringatan ini adalah utk diri sy sndiri juga.. smoga sy lbeh sabar dan lbeh tabah d masa akan dtg..

No comments:

Post a Comment